phew -,- letih!
hai semua!
penat satu hari ni.
jom kita bercerita kawan-kawan ;)
so hari ini hari pertama saya praktikal.
pagi tadi sakit perut, jantung dupdap dupdap, semua ada!
hahaha.
almaklum lah tak pernah kerja :D
bangun se awal 6 pagi okay,
hahaha.
semangat kann?
sebenarnya bukan semangat tapi takut lambat sampai ke tempat baru.
hari pertama mesti lah kena punctual gitu :D
so bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7 pagi.
sebabnya Gombak - Putrajaya 'dekat' pulak en.
jauh okay jauhhh.
mula-mula ikut arahan paksu dah betul dah, sampai je Sungai Besi termiss satu simpang!
damnnnn.
dah kena cari jalan sendiri.
pheww.
so mula lah berdikari cari jalan sendiri bertemankan signboard.
dan alhamdulillah pada pukul 8.15 pagi saya sudah terpacak di Putrajaya.
1jam setengah weyy!
and tadi keluar pukul 6 petang sampai ruma 7.15 petang.
and tadi keluar pukul 6 petang sampai ruma 7.15 petang.
hari-hari berikutnya begini lah :(
penat kannnn? haihhh
nasib badan. hihihi.
orang pertama saya jumpa adalah HR manager.
dia sangat baik, sporting dan easy going.
dia briefing and tour saya untuk tempat itu.
pekerja-pekerja lain jugak sporting, tapi di sebabkan saya hari pertama di situ, saya kurang mesra sedikit.
sorrrrry semua staff! :)
apa yang HR manager, Kak D berkata, saya rugi sedikit.
saya masuk lambat sedikit sebabnya boss yang sporting gila nak mati and sangat senang bekerja sudah transfer pegi department lain :(
so sekarang dia cakap boss baru ni sangat sangat la tegas, cerewet and a bit garang -,-
dia sendiri rasa awkward, haihh nasib badan lahh.
boss dulu katanya dari orang-orang tourism jugak, sebab tu tau customer service macam mana.
boss baru ni more to manufacture, so kena kerja sangat-sangat detail dan cerewett.
pffft taknak kutuk lebih-lebih :D
hahahahaha.
so bulan pertama ni, saya di letak kan di bawah sales and marketing department.
sangat-sangat sibuk sebabnya banyak event dalam bulan ni.
jumaat, sabtu dan ahad ni saya ada di PWTC untuk event Malaysia Tourism Fair.
dari pukul 9 pagi sampai 10 malam -,-
penat bukannnn?
waaaaa! kerja-kerja.
so saya kena kuatkan semangat dan tetapkan hati untuk semua ini.
ohhh sales and marketing punya manager adalah Encik Syukri.
so far so good.
senang bekerja.
ajar apa yang patut.
terima kasih cik syuk!
ahhhh, penat bercerita.
nak bersiap.
saya punya kekasih hati baru je sampai dari Johor Bharu.
walau penat mana pun dia, dia tetap nak jumpa saya
so saya tak boleh layan kan penat saya jugak.
nanti saya cerita lagi okay?
bye-bye

Awak, nak tanya. Dekat sini elaun dia berapa eh ? I tot nak apply dekat sini for my intern.
ReplyDelete